Akibat Penagihan Dadah
Date : 24/9/2014post by : Hafishah Bt. Hashim
Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :-
1. Akibat ke atas penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi
tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri
daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak
bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal,
penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam
khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan,
berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit
seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
2. Akibat ke atas keluarga penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih
akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan
kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah
terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak
peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin
berlaku.
3. Akibat ke atas masyarakat
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak
lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan
lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah
4. Akibat ke atas negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung
kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini.
Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos
nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah
:
kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;
kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya;
kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

Golongan masyarakat yang terbesar
terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang
belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu
membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65%
adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 – 29 tahun.
Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang
tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada
negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas
komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
• untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
• untuk menjadikan dadah sebagai punca
kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung
mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;
Kegiatan seperti ini telah terbukti di
negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika
serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu
di abad kelapan belas.
No comments:
Post a Comment